Tangan yang memberi…

Video diatas hanyalah contoh kepada kita semua bahawa masih ramai lagi keluarga yang hidup dalam kesusahan. Mungkin kita sentiasa memikirkan baju berjenama apa yang bakal dibeli untuk hari raya, juadah apa yang ingin dimasak untuk berbuka, mungkin permasalahan itu tidak timbul bagi keluarga-keluarga tersebut. Mereka terpaksa memikirkan masalah-masalah yang lebih besar seperti dapatkah kami makan hari ini, cukupkan duit untuk membeli ubat-ubatan dan masalah lain yang mungkin tidak terfikir oleh kita. Lihat sahajalah Video tentang keluarga Hasan Hussein, dia terpaksa menangguhkan pembedahan paru-paru anaknya kerana anaknya yang lain terpaksa menduduki peperiksaan. Dengarlah keluhan anaknya yang menyatakan ingin pergi ke sekolah, tetapi tidak mampu berbuat demikian kerana keuzuran.

Renungkan lah betapa banyaknya nikmat dan kurniaan yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita. Adalah wajib bagi kita untuk berkongsi nikmat-nikmat tersebut bersama orang yang tidak berkemampuan. Bayangkan dengan sedikit sebanyak bantuan saudara dan saudari sekalian, dapatlah insan-insan yang kurang berkemampuan sama-sama mengecapi dan menikmati sedikit kebahagiaan dalam kehidupan mereka. InsyaAllah, bantuan daripada saudara dan saudari sekalian sudah mampu untuk meringankan beban mereka dan membuatkan mereka gembira.

Derma, sedekah atau zakat bolehlah dilakukan melalui “wire transfer”, akaun pay pal atau kad kredit disini, Kijangcare atau thezakat.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas rahmat kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Al-Baqarah ayat 261

Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang berikan oleh Allah kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Ali-Imran ayat 180

Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya. Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (yaitu) api (disediakan) Allah yang dinyalakan. Yang (naik) sampai ke hati. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka. Sedang mereka itu diikat pada tiang-tiang yang panjang.
Al-Humazah ayat 1-9

Maka Nikmat Tuhan yang manakah telah kamu dustai?