Mengingatkan diri sendiri

Untuk mengelakkan luka pada orang lain antara perkara yang boleh dilakukan ialah dengan memastikan mulut dan emosiĀ  tidak lebih cepat dari minda. Masalahnya ialah minda bawah sedar samaada positif atau negatif sangat mempengaruhi kehidupan manusia.

kamra 556e

Untuk mengubah minda bawah sedar yang terlalu negatif, orang lain hanya kemungkinan boleh sedikit membantu tetapi yang pentingnya adalah diri sendiri.

Berkawanlah dengan orang-orang yang boleh membimbing ke syurga. Selalu refleksi diri dan carilah ilmu sebanyak mungkin untuk mengubah kehidupan supaya menjadi lebih bermakna tertutama di penghujung usia.

Pencen?

Pada 25.2.2012 akan cukup 33 tahun berkhidmat. Boleh bersara.. eh.. eh.. patutkah sambung hingga umur 60 tahun?

Syukur alhamdulillah ya Allah atas segalanya.

Bersama pelajar semasa berkhidmat di sekolah kedua di Maktab Sabah, 1980.

Akhir tahun 2010 pencen….. kalau tak pencen boleh sambung 2 tahun lagi……samaada sambung atau tidak semuanya ada baik dan buruk. Tolong beri pandangan supaya keputusan yang dibuat adalah tepat .

Cuti Depavali

Bila cuti suka sangat, segar bugar…… bila nak gi kerja sakit perut la , panas badan .. macam-macam sakit. Nampaknya bulan febuari tahun depan kena bersara umur 56 tahun tak sempat 58.

Takda duit pun tak pe la , tapi kesian pula ke Ajik baru habis spm maa pencen, belum masuk tadika abah dah pencen, tak pa lah Jik nasib awak gitu. Tapi takpa tahun 2010 kalau ada rezki, semua orang grade Abe Je, Abe Paih dan Kak Nor dan ada orang tiba-tiba grad….. syukur Alhamdulillah semoga semuanya diberkati oleh Yang Maha Kuasa….

Maaf ya belajar tulis blog. Entah apa- apa yang ditulis, jangan marah.

pendidikan anak- ilmu keibubapaan

Pada kebiasaannya ibu bapa akan sanggup bekorban demi kebahagiaan anak-anak mereka.Konsep pengobanan diajar kepada kita dalam Al Quran contohnya Kisah Nabi Ibrahim a.s. dan Siti Hajar sebagai ibu bapa serta nabi Ismail a.s. sebagai anak yang patuh dan taat kepada Allah.

Setiap ibu bapa seharusnya gembira bila mendapat rezeki berupa anak. Kegembiraan ini perlu disyukuri dengan menyiapkan diri dan berusaha untuk menjadi ibu bapa yang berjaya mendidik anak supaya taat dan mendapat keredaan Allah . Tugas ini bukan merupakan suatu perkara yang mudah dan ianya memerlukan pengorbana yang tinggi .

Antara pengorbanan yang perlu dilakukan oleh ibubapa ialah sentiasa menimba ilmu pengetahuan keibubapaan tidak kira pada peringkat mana umur anak mereka. Ilmu adalah sangat penting untuk menjamin tarbiah/keberkesanan pendidikan anak-anak dan kesejahtraan keluarga.

Untuk mendalami ilmu pengetahuan memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang bukan sedikit.

Sejak dari dalam kandungan ibubapa perlu banyak bekorban dengan menjaga akhlak, makan minum dan perlu sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T. supaya anak dalam kandungan sihat dan menjadi anak yang solih. Anak dalam kandungan hendaklah dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran supaya anak sentiasa mendengar kalimah Allah sejak dari dalam kandungan lagi.

Proses Kelahiran dan penyusuan adalah merupakan pengorbanan yang tidak terhingga oleh seorang ibu. Ibubapa juga perlu/berkewajipan memenuhi keperluan anak-anak dari pelbagai aspek supaya anak-anak dapat membesar dalam keadaan yang sihat samaada dari segi rohani atau jasmani. Ibubapa tidak boleh mengabaikan tanggungjawab dan dalam hal ini Rasulullah S.A.W. Bersabda yang bermaksud ” Seseorang dikatakan telah berbuat dosa apabila mensia-siakan orang-orang yang menjadi tanggungan makan minumnya ( Riwayat Abu Daud ).

Dalam keadaan sekarang selain daripada bapa, terdapat ramai ibu yang juga keluar bekerja . Dalam kesibukan mencari rezeki ibubapa tidak boleh memberi alasan untuk membiarkan/mengabaikan pendidikan agama/kerohanian kepada anak-anak.

Terdapat banyak Institusi-institusi sokonga yang boleh membantu dan ibubapa perlu bijak memilih institusi untuk menghantar anak mereka. Pilihlah Institusi yang menitikberatkan agama terutamanya
solat kerana salah satu cara untuk mendidik anak-anak mengenal Allah ialah dengan melatih mereka mengerjakan solat.

Oleh kerana pentingnya solat, maka nabi Ibrahim a.s. memohon kepada Allah agar dirinya dan keturunannya dijadikan orang yang tetap menegakkan solat seperti firman Allah yang bermaksud
“WAHAI TUHANKU JADIKANLAH AKU
ORANG YANG MENDIRIKAN SOLAT DAN
BEGITU JUGA ANAK CUCUKU, WAHAI
TUHAN KAMI, TERIMALAH DOA KAMI”
(Surah Ibrahim ayat 40)

Begitu juga Luqman, salah satu wasiat kepada anaknya ialah
“HAI ANAKKU , DIRIKALAH SOLAT”
(Surah Luqman ayat 17)

Dengan keadaan ini sepatutnyalah ibu bapa menkjadikan solat sebagai suatu pilihan utama untuk mendidik anak-anak.Tugas ini perlu ada kesinambungan antara institusi pendidikan dan keadaan di rumah.

Selain dari itu anak-anak juga perlu diberi kasih sayang dan penghargaan supaya mereka dapat membesar dalam keadaan yang sihat.

Ibubapa juga perlu sentiasa dilihat oleh anak-anak dalam keadaan akhlak yang mulia kerana anak-anak akan sentiasa mencontohi perlakuan kedua ibubapanya
.
Mengikut pandangan seorang ahli psikologi terkenal iaitu Sigmund Freud, ….apa yang dilalui pada zaman kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan pada peringkat berikutnya. Pengalaman -pengalaman yang berkaitan dengan trauma dan konflik pada masa awal kanak-kanak mempunyai kesan jangka panjang yang akan menyebabkan seseorang itu dikawal secara senyap . Daya ini secara perlahan-perlahan akan mengundang perlakuan-perlakuan yang akan dipamerkan semasa seseorang itu bergaul dalam masyarakat.

Dalam hal ini ibubapa seharusnya tidak mudah marah dan hendaklah gemar memaafkan kekeliruan anak-anak dan ibubapa sepatutnya mempunyai kemahiran komunikasi /kemahiran menolong dan mempunyai pelbagai kemahiran lain yang berkaitan.

Proses mendidik anak-anak mengambil masa yang panjang dan menuntut ibubapa untuk istiqumah dalam apa jua bentuk pengorbanan yang dilakukan di samping terus berdoa untuk kesejahteran anak.

“Wahai Tuhan kami , anugerahkanlah kami dari isteri-isteri dan keturunan kami perkara-perkara yang menyenangkan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa “Surah Al-Furqan ayat 74”

SEKIAN ,POHON PERBETULKAN JIKA ADA KESILAPAN ……PENULIS MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA ANAK-ANAKNYA JIKA TIDAK MEMBERIKAN PENDIDIKAN TERUTAMANYA DARI SEGI KEUGAMAAN SEPERTI YANG SEPATUTNYA KERANA MASA LALYU YANG TIDAK MUNGKIN DAPAT DIAMBIL KEMBALI….p/s.CARILAH ILMU TERUTAMA ILMU KEUGAMAAM SEMUGA MENDAPAT KEBAHAGIAAN DAN KETENANGAN.

SEKIAN (pukul 2.21 pagi)

NASIHAT LUQMAN AL-HYAKIM

TERDAPAT BEBERAPA NASIHAT ANTARANYA IALAH
1.Hai anakku , sesungguhnya dunia ini bagaikanlautan yang dalam dan banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat , agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialahn iman dan layarnya dan layarnya ialah tawakkal kepada allah.
pertama kali mencuba tulis blog