Kemas-kini 26.07.08, 9:00 am waktu Malaysia.
Setelah berbincang dikalangan ahli keluarga dan bertanyakan penasihat agama keluarga, Ustaz Hj. Khairul Anuar Yazid, saudara Hafiz dan saudari Maziati telah bersetuju menamakan anak kedua mereka Hail Ariff bin Mohd Hafiz. Keputusan tersebut adalah muktamad
Hail Ariff dan ibunya masih lagi berada di Hospital. Hail Ariff telah menghidap sakit kuning sama seperti abangnya ketika baru lahir.
Haji Lazim dan Hjh Zainab telah tiba di Kuala Lumpur semalam untuk melawat cucu kedua mereka.
Hjh Aminah Mat Akib ketika dihubungi, juga telah melahirkan rasa kesyukuran dan gembira di atas kelahiran cicit ketiganya. Hj Nor bin Said tidak dapat dihubungi kerana beliau tiada di rumah. Beliau keluar ke Pekan untuk membeli durian untuk dijamu kepada cucunya, Azfan yang pulang bercuti.
Hail Afiq masih seperti biasa, bermain tanpa menghiraukan berita gembira ini. Ketika dihubungi Hail Afiq masih lagi tidur akibat keletihan. Neneknya telah membelikannya sebuah kapal terbang. Dia bermain dengan raliknya sehingga kelewat malam. Mungkin dia masih lagi tidak mengetahui bahawa dia telah mempunyai seorang adik lelaki.
Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan kepada kita nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Dan kemudian nikmat Tuhan yang manakah telah kita dustakan?
Sekian,
Hafzan Lazim
**************************************************************************
Kemas-kini 23.07.08, 6:25 PM waktu Malaysia.
Adik kepada Hail Afiq @ Hail The II masih belum lagi dinamakan. Ibu dan anak berada dalam keadaan yang sihat dan masih lagi berada di hospital.
Cadangan yang telah terkumpul:
Hj. Lazim @ Hjh. Zainab – Hail Aliff
Naziha – Hail Azim
Che Sue – Hail Iman
Hafzan – Hail Aziz
Sekian,
Hafzan Lazim.
**************************************************************************
Pos Asal 22.7.2008 2:30 AM Waktu Malaysia
Saudari Maziati Mazlan telah selamat melahirkan bayi ke-2 pada 1:30 pagi 22.7.2008 besamaan 19 Rejab 1429. Bayi lelaki yang dilahirkan adalah seberat 3.5 kg. Ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Cuma bapanya, Hafiz Lazim kurang sihat akibat tergeliat di pegelangan kaki.
Nama bayi tersebut masih belum diberi. Sebarang cadangan dari saudara-saudari dan kawan-kawan semua sangatlah dihargai.
Sekian.
Hafzan Lazim.