Hail the II

Kemas-kini 26.07.08, 9:00 am waktu Malaysia.

Setelah berbincang dikalangan ahli keluarga dan bertanyakan penasihat agama keluarga, Ustaz Hj. Khairul Anuar Yazid, saudara Hafiz dan saudari Maziati telah bersetuju menamakan anak kedua mereka Hail Ariff bin Mohd Hafiz. Keputusan tersebut adalah muktamad

Hail Ariff dan ibunya masih lagi berada di Hospital. Hail Ariff telah menghidap sakit kuning sama seperti abangnya ketika baru lahir.

Haji Lazim dan Hjh Zainab telah tiba di Kuala Lumpur semalam untuk melawat cucu kedua mereka.

Hjh Aminah Mat Akib ketika dihubungi, juga telah melahirkan rasa kesyukuran dan gembira di atas kelahiran cicit ketiganya. Hj Nor bin Said tidak dapat dihubungi kerana beliau tiada di rumah. Beliau keluar ke Pekan untuk membeli durian untuk dijamu kepada cucunya, Azfan yang pulang bercuti.

Hail Afiq masih seperti biasa, bermain tanpa menghiraukan berita gembira ini. Ketika dihubungi Hail Afiq masih lagi tidur akibat keletihan. Neneknya telah membelikannya sebuah kapal terbang. Dia bermain dengan raliknya sehingga kelewat malam. Mungkin dia masih lagi tidak mengetahui bahawa dia telah mempunyai seorang adik lelaki.

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan kepada kita nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Dan kemudian nikmat Tuhan yang manakah telah kita dustakan?

Sekian,

Hafzan Lazim

**************************************************************************

Kemas-kini 23.07.08, 6:25 PM waktu Malaysia.

Adik kepada Hail Afiq @ Hail The II masih belum lagi dinamakan. Ibu dan anak berada dalam keadaan yang sihat dan masih lagi berada di hospital.

Cadangan yang telah terkumpul:

Hj. Lazim @ Hjh. Zainab – Hail Aliff
Naziha – Hail Azim
Che Sue – Hail Iman
Hafzan – Hail Aziz

Sekian,

Hafzan Lazim.

**************************************************************************

Pos Asal 22.7.2008 2:30 AM Waktu Malaysia

Saudari Maziati Mazlan telah selamat melahirkan bayi ke-2 pada 1:30 pagi 22.7.2008 besamaan 19 Rejab 1429. Bayi lelaki yang dilahirkan adalah seberat 3.5 kg. Ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Cuma bapanya, Hafiz Lazim kurang sihat akibat tergeliat di pegelangan kaki.

Nama bayi tersebut masih belum diberi. Sebarang cadangan dari saudara-saudari dan kawan-kawan semua sangatlah dihargai.

Sekian.

Hafzan Lazim.


34 Comments

  1. ajik said,

    July 22, 2008 at 12:14 pm

    syukur alhamdulillah di atas pengurniaanNya didoakan semoga berada di dalam sihat sejahtera hendaknya. Nama yang dicadangkan adalah MOHD ALIFF………..

  2. zairaza said,

    July 22, 2008 at 11:29 pm

    hahaha. maa semangat bg nama. hail azim best gak.

  3. paih said,

    July 23, 2008 at 6:39 am

    alhamdulillah..

  4. c su said,

    July 23, 2008 at 7:22 am

    hehehe……Aisha Maisara…konon!!! Btw Alhamdulullah diatas kurniaan tersebut. Tahniah buat Ati, Hafiz dan toknek kedua-dua belah pihak. Kaki ok nanti, boleh le balik kelate. Nama? Hail Iman ok jugak…

  5. Hafzan Lazim said,

    July 23, 2008 at 9:01 am

    Hail Aziz sudoh. ahhahah. Dah masuk hari kedua dah. masih dibuka pintu cadangan kah?

  6. ajik said,

    July 23, 2008 at 12:00 pm

    cadangan baru ……Hail Aliff

  7. ajik said,

    July 23, 2008 at 1:02 pm

    bila lagi nak ngundi. cek cek orang dah ada nama yang baik punya

  8. Hafiz Lazim said,

    July 23, 2008 at 1:04 pm

    huhuhu…semua cadangan menarik hati….Hail Aamil guanow?

  9. ajik said,

    July 23, 2008 at 1:29 pm

    apa maknanya ………yang penting maknanya……..hati-hati

  10. zairaza said,

    July 23, 2008 at 2:32 pm

    Hail Azim is the best.

  11. ajik said,

    July 23, 2008 at 10:22 pm

    MOHAMAD FIRDAUS, ABDUL AZIM, MUHAMMAD ASYRAF,….MUHAMMAD FARIS,

    MOHD AIMAN,…..MOHAMAD IRFAN……..MUHAMAD HAZIM……….MAKNANYA

    BELUM CARI

  12. ajik said,

    July 24, 2008 at 1:46 am

    mohamad khairul afnan

  13. Noor said,

    July 24, 2008 at 6:41 am

    hoh nama saing sy tuh.

  14. Hafzan Lazim said,

    July 24, 2008 at 12:45 pm

    banyak namanya Ma, cucu baru dua saje.

  15. Noor said,

    July 24, 2008 at 2:54 pm

    haha. bley simpan utk cucu yg seterusnyaa. wohooo.

  16. Hafiz Lazim said,

    July 24, 2008 at 4:39 pm

    penin wei…

  17. zairaza said,

    July 26, 2008 at 11:18 am

    hihi ralik ke?

  18. Noor said,

    July 26, 2008 at 11:25 am

    aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah tak call rumah lagi.

  19. ajik said,

    July 28, 2008 at 9:08 am

    dah selamat syukur alhamdulillah adek hail afiq dah berada di kuantan sama sama berdoalah semoga ianya terus sihat walafiat. amin……

  20. paih said,

    July 28, 2008 at 7:52 pm

    wah… thanks for the very detail latest news.. huhuhuhu

  21. paih said,

    July 29, 2008 at 2:19 pm

    is there any picture of hail 2?

  22. c su said,

    July 29, 2008 at 2:34 pm

    Baru perasan…je, sekarang masih bulan 7 le, belum lagi bulan 8.

  23. Hafzan Lazim said,

    July 29, 2008 at 3:09 pm

    hahahaha. sorry che Sue. tukar barat habis. Hari bulan pon tok ingat doh. tq tq

  24. Hafzan Lazim said,

    July 29, 2008 at 3:09 pm

    paih.

    gambar hail 2 tak dok lg.

  25. zairaza said,

    July 30, 2008 at 1:48 pm

    abah nge maa adow henset baru doh. can take picture laa. abah oyak hail ariff putih n tinggi. fuyyo.

  26. ajik said,

    August 1, 2008 at 5:33 am

    ini ada berita tergempar, bila dihubungi abang ngah jerman tak jawab-jawab mungkin dalam perjalanan balik malaysia, buat kejutan lagi?

  27. c su said,

    August 1, 2008 at 7:38 am

    biar betul….

  28. Hafiz Lazim said,

    August 1, 2008 at 10:05 am

    hoh…kelik mesia ko?

  29. Hafzan Lazim said,

    August 2, 2008 at 9:32 am

    hahhahaha… mana ado kelik mesia. tgh bercuti nih. jalan-jalan di Köln.

  30. zairaza said,

    August 3, 2008 at 5:26 am

    fuyoo gempak la abeje. hahahhahahahaa.
    mungkin mau bercuti di nashville?
    jom g new orleans jomm.

    haih manow la abg2ku,
    harap jah adow ghama.

  31. paih said,

    August 3, 2008 at 7:42 am

    yeah, I m still waiting for the pics.. please, to whom it may concern..

  32. ajik said,

    August 3, 2008 at 3:22 pm

    walau apa pun, akhir 2008 abe Faiz balik, awal…..pertengahan …….akhir……2009 abe Je balik ……dan pertengahan 2010 ……..kak Nor…balik…… masa tu tukar …Ajik pula pergi………..ke mana wallahualam……walau apa pun ……..ke mana ……dimana……..gembira…sedih…..semuga kalian semua tidak putus-putus mendapat hidayatNYA

  33. ajik said,

    August 3, 2008 at 3:50 pm

    ma baca buku yang ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin ….oleh kerana lama tak dak hak rajin tulis blog maka ma pun tulis tips pertama dari 36 tips yang terdapat dalam buku ini .Rumusan tips pertama ialah …….Untuk cemerlang, kita perlu menguasai ilmu dan hikmat. ……kemana saja kita pergi bawalah buku bersama. Apabila buku sentiasa mendampingi kita , senanglah untuk kita mendampinginya. Pasti ada ilmu baru yang kita peroleh setiap hari. Ilmu ilmu baru yang kita perolehi itu hendaklah ditulis bersama-sama dengan bahan rujukannya. Dengan cara demikian ilmu itu tidak mudah luput daripada hidup kita. Di dalam kitab Ihya Ulumuddin dinyatakan , Fathul Mausuli berkata, ” Tidakkah jika seseorang itu sakit dan tidak menjamah makanan dan minuman, dia akan mati? Demikian juga dengan hati, jika tidak
    diberikan hikmat dan ilmu selama tiga hari, ia juga akan mati.”……SEKIAN JANGAN SERIK……BERSAMBUNG MALAM ESOK……TAK BACA ALAMATNYA…..?

  34. zairaza said,

    August 4, 2008 at 10:42 am

    hihi baik maa!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: