Peluru Waktu

semuanya berkejaran laju, tapi ke mana nak dituju? adakah akhirnya sampai ke situ? (btw, fyi, my house is on the right. huhuhu)

Masa terus berlalu
sungguh pantas dan laju
semalam isnin esok dah sabtu
minggu demi minggu berlalu

dulu tidak sebegitu
boleh dinikmati masa itu
sekarang dikejar tapi tak mampu
laju mengalahkan keretapi peluru

harus diingat di manakah aku
pada pandangan Tuhan yang satu
kembang mekar harum berbau
atau sekadar menyucup layu

ayuh bangkit dari mimpi syahdu
luangkan waktu singkat itu
fikir dan zikir setiap waktu
bersama mengejar redha dan restu

kenalilah siapa diri itu
agar tidak sesat jalan pulangmu
tidak sekali-kali lupa janjimu dulu
bahawa Dia hanya satu takkan bersekutu´╗┐