Gomo Kelate Gomo (II)

Saya ingin memohon maaf daripada saudara-saudari semua kerana demam Piala FA lambat tiba di tanah German. Di bawah ini saya sajikan perbandingan gambar di antara kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Germany 2006 dan Kejohanan Piala FA Malaysia. Kesimpulan yang saya buat adalah kemeriahannya adalah sama sahaja, darilah semangat penyokong dan semangat para pemain. Anda sendiri buleh hakimi gambar-gambar di bawah.

Bukan benda yang mustahil untuk kita rakyat  Malaysia untuk memertabatkan mutu bola sepak tanah air. Kita sering saja menyalahkan kualiti permainan bola sepak tempatan. Kenyataan itu adalah benar. Taraf permainan bola sepak tanah air adalah berbeza dengan taraf permainan bola sepak antara bangsa. Tetapi tidak kah kita pernah terfikir mungkin prestasi pemain menurun akibat tiada sokongan daripada peminat-peminat. David Beckham adalah pemain yang hebat. Tetapi tanpa peminat, taraf beliau sama sahaja dengan pemain tengah Banggol FC. Jika kita lihat gergasi-gergasi bola sepak dunia mempunyai penyokong tempatan yang sangat ramai jumlahnya dan tinggi semangat cintakan negaranya. Satu ketika dahulu Malaysia adalah pasukan bola sepak yang disegani di Asia. Pada ketika itu stadium-stadium sentiasa dipenuhi oleh peminat-peminat. Saya bayangkan jika stadium pada ketika itu kosong sahaja mustahil untuk pasukan Malaysia untuk mempamerkan aksi-aksi yang menakjubkan.

Kadang-kadang saya agak muak menyokong pasukan yang tidak mempunyai kaitan atau ikatan darah dengan diri saya. Saya masih menyokongnya tetapi tidak dapat memberi sokongan sepenuh hati kerana di hati kecil saya mengidamkan agar negara tanah tumpah saya dapat mengantikan pasukan tersebut. Akhir kata saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, dari Perlis hinggalah ke Sabah agar kita dapat sama-sama memeriahkan senario bola sepak tanah air agar taraf bola sepak Malaysia akan naik secara mendadak. Berilah sokongan padu kepada negeri masing-masing dan kemudian kita sama-sama bersatu menyokong pasukan negara kita yang tercinta. Saya yakin saudara dan saudari semua amatlah mengimpikan agar lagu Negaraku dapat kita sama-sama nyanyikan di Kejohanan Bola sepak dunia.

**********************************************************************

1. menconteng muka.

***********************************************************************

2. Di luar Stadium

***********************************************************************

3. Banner

**********************************************************************

3. Panaskan badan.

**********************************************************************

4. Kemeriahan.

**********************************************************************

5. Menconteng badan.

Kredit Gambar-gambar (www.kelate.net)

Gomo Kelate Gomo dan Majulah Sukan untuk Negara.

Hafzan Lazim

7 Comments

  1. abe yie said,

    April 29, 2009 at 10:27 am

    best giler time gi ari tuh
    first time kelate masuk final piala fa dalam tempoh 39 tahun.
    raso nok letak jugok gambar dalam blog tapi takut terkejut orang lain tengok dan pasti tak cam punya
    so paham-paham la nape saya tak letak gambar tuh.
    set penyokong kelate yang dalam gambar ni semua kawan2 saya.
    yang tukang cat muka tu nama merio
    orang paling berseni antara saing2
    dia la yang reka pantun time saya baca untuk rtm tempoh hari.
    hehehehe

  2. paih said,

    April 29, 2009 at 11:20 am

    semangat molek oghe kito patun.. huhuhu..

  3. Hafzan Lazim said,

    April 29, 2009 at 8:54 pm

    Tunggu-tunggu. Saya kelik kito pakai ramai-ramai gi. Mat Paih tok leh gi tapi. kaloh nnt.

  4. hafiz lazim said,

    April 29, 2009 at 11:07 pm

    hahaha….hari ni baru suara saya recover semular….gomo kelate gomo

  5. Nor said,

    April 30, 2009 at 12:44 am

    abe yie share la gmbr abeyi. haha. ke ada jah kat kelate.net tuh tp tok cam? hmmm

  6. abe yie said,

    April 30, 2009 at 1:26 am

    xleh share
    takut ore kato gapo pulok
    nanti kalu share ramai ore tak septutnya tengok akan terkejut
    hehehehe….
    ore umah sendiri pun tak bagi tengok

  7. paih said,

    April 30, 2009 at 2:47 am

    cari dlm youtube.. Ado abe yie berpantun.. huhuhu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: