Khatam al-Quran di Gunung Kinabalu.

KAMPUNG DOMIS – Bagi meraikan para pelajar Maahad Tahfiz Sains yang akan mengikuti ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu dan khatam al-Quran di kawasan berkenaan, satu majlis pelancaran program itu diadakan di Dewan Hassan Al-Banna, Maahad Tahfiz dekat sini semalam. Program terbabit melibatkan seramai 30 pelajar dan lima guru pengiring akan bertolak pada 26 Mac (Rabu) dan dijangka pulang pada 1 April ini.

Majlis pelancaran program terbabit dirasmikan oleh Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO, Abdul Fattah Mahmood, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau. Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan, Pengetua Maahad Tahfiz Sains, Tarmizi Said. Tarmizi dalam ucapannya berharap agar para peserta bersedia dari segi fizikal dan mental serta mempunyai keazaman yang kuat dalam diri untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. Beliau turut menegaskan agar para pelajar akan sentiasa kental dan mempunyai ketahanan fizikal dalam menjalankan aktiviti terbabit. “Kehidupan setiap manusia perlulah dilengkapi dengan kekentalan mental dan fizikal, lebih-lebih lagi kepada manusia yang bergelar hamlatul Quran. “Ketahanan fizikal yang utuh akan dapat memantapkan lagi peribadi individu dalam mengharungi perjuangan,” ka-tanya.

Sementara itu, menurut Abdu Fattah, beliau turut merakamkan perasaan bangga dengan Ekspedisi Khatam Al-Quran di puncak Gunung Kinabalu. “Ekspedisi menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara ini dan khatam 30 juzuk al-Quran merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia . “Saya mengharapkan agar lebih banyak lagi program-program atau ekspedisi yang disertakan dengan aktiviti khatam al-Quran,” katanya. Beliau turut menyarankan agar para peserta menitikberatkan disiplin pemakanan semasa pendakian. “Saya mendoakan semoga peserta ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu ini akan selamat semuanya dan dilindungi oleh ALLAH SWT,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Sumber Akhbar Sinar Harian.

************************************************

Dalam Surat khabar edesi cetak, abah kata ada gambar besar Mat Ajik. Dalam versi online takde pulak. Nanti tuan dia balik dia update sendiri lah. Aktiv budak-budak lonni, nak SPM sempat lagi naik gunung. Pas ko Sabah pulok tu baa. Takpo lah Mat Ajik tak pernah gi Sabah lagi supo hok lain baaa. 3 orang sudah dari keluarga Haji Lazim sudah naik gunung Kinabalu baa. Hj Lazim, Mat Apih ngan Mat Ajik. Mat paih ngan Che No bila lagi? Saya? Buleh gi Gunung, Bachok nuh ok dah baa.

Hafzan lazim

3 Comments

  1. DAP313 said,

    March 26, 2009 at 12:38 pm

    Sama samalah kita mendoakan semoga panglima perang kita dapat menawan puncak Kinabalu. Amin……

  2. paih said,

    March 27, 2009 at 5:16 am

    I went to send him yesterday at the LCCT. He told me that everyone (maa abah ayahcik mokcik ciksu ain) went to send him at the Pengkalan Chepa Airport as though he want to further study somewhere else.. huhuhu..

    The TV9 crews also went to the PC airport.. They are like stars now.. huhuhu

  3. Nor said,

    March 28, 2009 at 10:40 am

    abeje, boley curi gmbr kat blog che su.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: