Perihal Rumah.

Sudah genap tiga minggu saya tinggal di kawasan perumahan Lindenredder. Sewa bulan kedua harus dibayar lagi dalam masa yang terdekat. Duit mengalir seperti air tapi apa nak buat. Ikhlas dikatakan saya amat suka suasana dan keadaan di perumahan ini. Penempatan yang tersusun, rumah-rumah yang cantik, halaman-halaman yang terjaga rapi dan suasana yang tenang menyebabkan saya merasakan amat bertuah kerana berpeluang menyewa rumah di kawasan ini. Tenang dan indah, mungkin saya sudah tua kerana sentiasa bercakap berkenaan topik subjektif tersebut. Tetapi yang lebih penting, saya mempunyai bumbung untuk berlindung dari panas dan kesejukkan, Alhamdulillah.

Kebanyakan orang yang tinggal di sini adalah mereka yang berkeluarga. Rumah yang saya sewa mungkin hanya satu-satunya rumah di kawasan ini yang disewa oleh pelajar. Kadang-kadang saya ada juga mengimpikan wujudnya watak Walt Kowalski seperti dalam filem Gran Torino. Manalah tahu saya akan diwarisi kereta ataupun rumah. Amin. Mengimpikan bulan jatuh ke riba? Tidak salah untuk bermimpi sekali-sekala.

Yang lebih menarik lagi berdekatan dengan rumah saya terdapat kawasan hutan simpan. Bukanlah saya berminat sangat dengan hutan, tetapi hutan boleh menjadi modal atau topik perbualan apabila saya berjumpa kawan-kawan. Topik hutan sudah cukup untuk memecahkan kebuntuan atau ingin mengorat seseorang.Dialog sebegini mungkin akan terjadi:

Abe Mat: Demo tahu ko belakang rumah kawe ado hutan.
Jejaka/gadis x: Jolo Ko? Ada gapo dale hutan tu?
Abe Mat : Ado rusa bakali. Kawe kalu kelik Malaysia, nak suruh boh kawe pero ruso, buleh panggang hujung-hujung minggu. Beres lah pasal rusa, buleh saya mintak no telefon kamu?
Perkara ini bakal terjadi.
A. Ditumbuk
B. Dimaki
C. Dapat kawan baru.

********************************************************************

Lindenredder, Groß Grönau.

Salam hari minggu kepada semua. Terasa ingin menalefon anak saudara. Untung-untung dia panggil saya uncle.

*******************************************************************

Ingin lihat dunia dari mata burung atau dari dalam tempurung, yang mana satu engkau pilih?

Hafzan lazim

5 Comments

  1. Kak Nor said,

    March 21, 2009 at 10:03 pm

    hahahhaha koya. most likely u’ll be punched. ni lg lame dr jatuh from heaven.
    ok boleh bwak sy tgk rusa? or jumpa kawan hensem? haha omigosshhh abg2 membawa influence buruk. mari pulang bersama2 berjumpa anak saudara mungkin?

  2. paih said,

    March 22, 2009 at 7:37 am

    1. I thought they use weather to start the conversation. You can use the traffic condition to start ‘mengorat’ing if you were in KL. Talking about the bushes around the house maybe a great and creative way though. huhuhu

    2. I might want to write a new post stating about perihal rumah in Dusun Durian, if I can finish my assignmentsss early. huhuhu

  3. ma said,

    March 23, 2009 at 1:04 pm

    bilalah agaknya ma boleh sampai ke sana……semuga angan-angan menjadi kenyataan.

  4. Nor said,

    March 23, 2009 at 8:19 pm

    hehe jom nanti sy grad.

  5. DAP313 said,

    March 26, 2009 at 12:46 pm

    Hai kuat benar angan angan tu………bersabarlah hilang kabus nampaklah ia………….hutan pokok dokong di belakang rumah……….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: