Do your part (3)

Artikel yang sangat berinformasi yang dikarang oleh sepupu saya, Khairy Yazid

Kesan Boikot Produkt Israel dan Sekutu.

Tahukah kita bahawa perniagaan yang menjual barangan Israel dan sekutunya ini banyak beroperasi di negara-negara muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi sesebuah negara. Tidak terfikirkah kita bahawa usaha boikot tersebut akan merugikan diri dan negara kita itu sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?

Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot – McDonald’s. McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin. I

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel. Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat. Oleh itu, fikir-fikir dan renung-renungkanlah…

8 Comments

  1. hafiz lazim said,

    January 14, 2009 at 9:41 pm

    huh….mari boycottttt

  2. paih said,

    January 15, 2009 at 4:25 pm

    I was told that all cigarettes are the Israel’s product.. Are there any alternative product for that?The only alternative that I can think of is just quit smoking.. huuu

  3. Hafzan Lazim said,

    January 15, 2009 at 4:40 pm

    Didn’t see that coming. Malu saya.
    No excuse for that, I am trying. I will quit. When? you know when. hahahhah

    In my defense, if you cannot carry 100 kg of rice, you should not leave all of them. Maybe you should carry 10 kg. In your case maybe your can carry 90 kg but I only manage to carry 10 kg. If you know what I mean or am I too poetic?

    At the end of the day you will always say: Smokers never learn. hahhahahaha
    I hope our parent and Naziha will not interfere with this discussion.

  4. hafiz lazim said,

    January 15, 2009 at 10:44 pm

    Sir Walter Raleigh is a historical figure because he invented cigarettes and started smoking….hehehe

  5. hafiz lazim said,

    January 15, 2009 at 10:50 pm

    In the Beatles song “I’m So Tired”, from the band’s 1968 White Album, John Lennon jokingly attacks Raleigh’s role in popularising tobacco: “Although I’m so tired, I’ll have another cigarette / And curse Sir Walter Raleigh, he was such a stupid git!”

  6. Hafzan Lazim said,

    January 16, 2009 at 1:56 am

    I blame “pengaruh rakan sebaya” hahahhahahah

  7. Noor said,

    January 20, 2009 at 1:38 am

    do wat u gotta do bro.

  8. abe yie said,

    January 22, 2009 at 9:05 am

    alos…
    nyo masuk sini lak artikel tuh
    kena pungut royalti nih
    hehehhehe…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: